04 Februari 2011

Tentang Detox Foot Patch



Seperti yang kita semua ketahui, kebanyakan Anamichi Badan (Titik Akupuntur) manusia terkumpul di tapak kaki. Bahan aktif Bamboo Vinegar ? Cuka Buluh yang terdapat dalam Foot Detox Patch bertujuan untuk merangsang Anamichi Badan dalam proses menyahtoksin dan membuang lebihan lembapan badan seperti yang diamalkan dalam Perubatan Tradisi Asia iaitu Bekam dan Urut Tapak Kaki (yang mensasarkan Titik Akupuntur pada badan manusia). Walaubagaimanapun, prinsip ini tidak dapat diterimapakai di kebanyakan Negara Barat, terutamanya dalam mengenalpasti kewujudan Titik Akupuntur ini. Jadi, mereka telah membuat penemuan bahawa Foot Detox Patch boleh digelapkan dengan hanya mengenakan air, sekaligus menafikan tentang keberkesanan Foot Detox Patch ini.

?Bamboo Vinegar ? Cuka Buluh? dihasilkan daripada proses pengkarbonan buluh. Khasiat herba yang terdapat padanya dapat membantu dalam membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan serta toksin daripada badan manusia. Bamboo Vinegar ? Cuka Buluh ini dihasilkan daripada asap buluh yang dikarbonkan, jadi ia berbau agak masam serta berbau seperti asap (dalam erti kata lain, bau BARBEKU). Bamboo Vinegar ? Cuka Buluh mengandungi lebih 200 bahan (80-90% daripadanya adalah air) yang semuanya adalah komposisi semulajadi dan selamat untuk kegunaan manusia. Ia mempunyai kesan penyahjangkitan dalam pensterilan kulit; kandungan ester dengan mudah meresap ke dalam lapisan tebal kulit. Asid asetik yang terdapat dalam Bamboo Vinegar ? Cuka Buluh akan melembutkan kutikel dan mempunyai kesan menakjubkan dalam melegakan dermatitis, kegatalan, kaki makan air dan sebagainya.?

Ini bermakna, jika serbuk Foot Detox Patch ini terkena air, ia akan bertukar menjadi gelap/ perang gelap tetapi tidak menukarkannya menjadi hitam berminyak. JIKA RAGU-RAGU, EKSPERIMEN BOLEH DIJALANKAN. Hasil ujian jika dikenakan pada air (gelap/perang gelap) tidak akan sama jika dibandingkan dengan selepas digunakan pada tapak kaki (hitam berminyak). Jangan lupa bahawa peluh dan kelembapan juga sejenis toksin. Respon yang baik daripada pelanggan yang menghadapi masalah fizikal membuktikan keberkesanan Foot Detox Patch.

Tiada ulasan: